February 3, 2012

pheww..~!

Menapak-sampai-berpeluh seperti-mandi-apabila-tiba-di-destinasi adalah cerita untuk kali ini yang mahu dikongsikan bersama untuk renungan bersama. 

0h! Kenapakah ayat pembukaan itu seperti sangat-sangat tak membangkitkan perasaan membuak-buak untuk memancing orang untuk membaca ye. Apakah ayat yang aku gunakan pada saat ini, ketika ini. Adakah kerana ketika ini aku berada di suatu-tempat-rutin-tahunan-selama-lagi-3-tahun akan datang. 

Iya, aku kini di tempat ini, bertapa membawa hati yang lara bagi memenuhi impian menggenggam segulung ijazah. Umur disini tak dipandang rendah sebaliknya masing-masing berganding bahu menyiapkan kerja yang diberi siap dalam tempoh yang ditetapkan. Walau sesukar mana pun, ia dibuat dengan senyuman dan penuh gelak tawa untuk menghilangkan rasa tensi yang melampau kerana kerahan otak yang tidak begitu menjana akibat dimamah usia. Tiada lagi sikap-sikap perli-memerli seperti pertama kali dulu, mereka itu sudah tidak dilayan oleh ku. Untuk pasukan baru kali ini sangat bersemangat dan penuh dengan sifat tolong-menolong. Selama 2 tahun, sangat bertimbang rasa. Terima kasih kakak-kakak yang sanggup membantu aku yang kerdil ini selama aku berada disini. Baru seminggu terasa seperti lama kenal. Tahun depan kita tempah satu bilik ok kak. :) 

Kisah menapak-menapak hingga basah ketiak, belakang badan, bahu, leher, muka seperti berlari 40 pusingan polo-ground, seperti naik turun Bukit Kledang sebanyak 20kali tak henti. Boleh bayangkan bagaimana situasi itu? Sampai ke kelas seperti hujan turun mencurah-curah didahi, di badan. Lap tak henti-henti hingga basah sebungkus tisu. Oh, itu melampau. Lebih kurang 3helai tisu guna habis lenjun. Al-maklum, selalunya pergi pusing polo-ground pun tidak berpeluh sampai begitu, hanya bunga-bunga peluh saje yang keluar. Ini dengan tok nenek peluh pun keluar, apa cerita? Saintifik mengatakan peluh itu toksin, maka dengan itu sudah banyak toksin ku berjaya disingkirkan, kan? Kurang toksin, badan makin sihat. Kalori juga dapat dibakar tambah dengan kelajuan semulajadi aku menapak. Ada kawan baik yang sebut ketika dulu "Elly, ko berjalan tu..boleh tak ade sedikit belas kasihan dengan perlahankan sedikit untuk kami di belakang ni? Sebab tu, kaki kau asik terseliuh setiap sem." ok.fine fine fine. Aku perlahankan setelah ceramah 10sen dia tamat..muahahah! Nasib baik kali ini aku berada di hostel yang bagi aku berada di tengah-tengah, ke sane sama jauh, ke sini sama jauh, ke sinun sama jauh. Kira sama-sama jauh giteww. Yang kurang jauhnya ialah pintu masuk Sg.Dua tapi menapak peluh-peluh juga la. Kalau tahun lepas ade lift, kali hanya tangga buat peneman untuk ke tandas dan ke cafe dan ke kelas dan ke dewan periksa. Oh tangga, saya sayang kamu tahun ini! 


p/s : ayat student skema dari budak yang dulunya skema kata kawan-kawan sekolah. Sekarang ? guwa tak skema dah der..guwa takde hal punye der...rilek chill sudah la beb! 

p/s : tak menggambarkan peningkatan usia sungguh aku ni. Rasa muda, kekal muda, muda habis. Guwa guwa..hahaha!! 

January 17, 2012

stress! *bertenang bertenang...~~ fuuuu...~~!!

Salam..lama gile kan tak update entry baru. Aku agak terbuai dengan waktu, terleka sebentar dengan tugasan-tugasan yang menimbun macam gunung. Lagipun masa hujung tahun lepas aku tiada di Ipoh sangat. 

Lumut - Seremban -KL - Langkawi - Ipoh. 
Nampak tak jadual aku bulan 12 lepas? Macam orang pergi kursus outstation aje kan? Itu namanya, cuti-cuti malaysia campur-campur. *ade ke cuti campur-campur cmtu? *konpius sudah! 



*gemuk kan aku? hmm..



Pasal sibuk belajor. Incik-incik esaimen tu la yang suka bagi aku sibuk time-time nak ke intensif ni. Dan-dan tu la pensyarah-pensyarah yang baik hati tu upload esaimen, kuiz online, presentation lagi. Oh.tidak.com betol la kan...huhu. Terima Kasih la incik-incik pensyarah yang baik hati sebab berjaya menghuru-harakan hidup student-student anda di waktu-waktu awal tahun macam ni. Aku terfikir, bagaimana keadaannya bila yang berkerja tu eh..? Oh..tak perlu bayangkan sebab aku dah pernah lalui semua itu. Lagi dua minggu nak ke intensif, aku baru teringat ada 4 esaimen tak siap dan duedate nya ketika hari pertama intensif! OMG! Ha..time tu, memang aku tunggang-langgang nak menyiapkan tugasan. Gigih betul sampai semua orag di sekeliling dah geleng kepala tengok aku yang macam zombie bergerak masa tu. Tapi dalam duk macam zombie tu, aku still boleh gelak lagi. Buat lawak makin menjadi-jadi masa tu. Itu kan terapi untuk stress. Kau hade? haha! Mau tak stress..banyak sebab utama banyak membantu aku stress kala itu. Ada yang tau kisah itu, diam-diam sudah kan. Benda dah berlalu dekat 3tahun..dah-dah la refresh balik. Ini la hasil terapi gelak aku selama 3 tahun..lama tak lama tak terapi tu? hahaha! 

Dalam tak sedar, tak sampai dua minggu lagi nak memenuhi jadual wajib tahunan. Intensif USM! Nasib baik tak sampai 14 hari stay sana..hari Sabtu aku balik. Ikut hati malam Sabtu aku nak balik Ipoh dah, sebab test aku habis pukul 10 malam! Tapi disebabkan taknak menyusahkan mama abah amik aku malam-malam, jadi pagi Sabtu tu baru aku bye-bye USM. Senang sikit nak jenjalan penang dulu kan..saja jenjalan beli jeruk ke kan. Baik tak anak perempuan dorang yang suke buat plan sendiri-sendiri..wakakakaka!! *noty-noty awak ni! Dalam aku bersyukur sebab kali ni tak selama tahun-tahun sebelum nya tapi bila dah jadual untuk 21 hari di'kombain-kombain"kan menjadi 12 hari, cuba kamu bayangkan bagaimana keadaannya tu? Perit mata melihat, perit lagi kaki ni nak menapak selaju mungkin ke kelas-kelas untuk setiap subjek. Perit lagi nak memilih antara kelas-kelas yang bertindih. Doakan aku supaya kurus sepanjang 13 hari sebab sentiasa dalam keadaan tak terurus dan berlarian... amin amin amin.. :-)

* tuhan, tolong nyatakanlah padanya
tentang cinta, adakah masih diriku diperlukan
tuhan, tunjukkan padanya tentang apa yang kufikirkan
adakah cinta ini perlu untuk dirinya....

*tetibe nyanyi

Tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dapat hostel dalam kampus. Hoyyeehh! Tak macam last year yang jauh ya amat tu kan. This year quiet ok la juga, sebab nak pergi kelas dan nak ke dewan exam sama je jauh nya. Kira duk tengah-tengah la ni. alhamdulillah...syukur-syukur. Punya la penakut aku ni sebenarnya, sebab roommate aku bersalin this year then dia dah extend. jadi tiada kawan gebang satu kepala. *sedih! Takpa-takpa..i can carry on lor..ada lagi kawan-kawan yang boleh kaw time. Takda hal la kan. (^^,) 

Tahun 2012..aku harap ada berita baik untuk aku. Walaupun masa pertukaran tahun 1432H ke 1433H, aku buka buku baru walaupun isi kandungan buku lama ada aku carry on sikit. Tapi aku letak azam untuk 2012..saja nak menguatkan lagi azam, bisa aja kan..mana tau harapan itu boleh memberi sedikit cahaya dalam kehidupan aku ni. 

Ok la...dah panjang sangat aku membebel ni, Nanti terkeluar yang tersirat payah pulak..ADO MALAM...
kan dah OSBON aku ni...hehe! 

Ok daa....see you in next entry.. *poyo

January 11, 2012

untuk kaum adam di luar sana..


Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Tapi wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh




Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan. Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti.


♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿ ♥✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿


“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,
tampan lelaki kerana kejernihan wajah.
Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.
Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.


Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh..''

December 29, 2011

Karma and True Love


I Believe by Irfan Makki feat Maher Zain


Some said "well reward for good deeds, evil for evil repaid". For some times, I didn't really believe this quotes according to some situations that puts me into world of sadness, being slandered for couples of times and falls into great despair.  And with that great test, I believe..they want me to keep falling down and never get up. But they wrong..I keep getting up and never turning back. People..did you know, Allah s.w.t will not test his people beyond their ability. So I still standing here watching all of you with smile. 


Why I keep telling you this? Because of this news I keep receive from my old best friend, telling me that the X has got a very fierce "mengongkong" gf more than him. So I just smile and congratulate him. 

2nd : My former boss keep asking about myself. Are you miss me boss? Oh..sorry, I didn't got the hunch for making a comeback dear boss.


About True Love...I know many of you believe in this true love. The story lines begins with you and your partner falls for each other after sometimes and get the whole world know that you two was so in love and believe that nothing will tear you apart. And you will happily ever after when he proposed you and tadaaa you're married! And will get couples of kids..and so on and on....

Oh dear..please let me give you the reality of life. There's no relationship that last forever and ever..its just peace of craps! Shitting over your nicey thoughts. Man..once you care about them, they will vanished from your life immediately. Once they steal your hearts and make you falls for him...they just disappeared just like that. Without any reason, any explanation. And you will sitting here all alone hoping that he will comes back. And you will ignored all the people saying. For the last moment, you will comes to your senses saying that "why I'm so dumb..waiting someone who didn't appreciated my heart?". What..did I said it true? Believed me..its all true my dear. 

Please..conveyed me with some real true love so I can believe there's a really true love out there. Coaxed me there's a prince with white horse comes to save me from being too cruel by breaking those innocent hearts. So I just make the decision to loves only Allah s.w.t. Strengthened my faith and Iman to Him, ease my soul and believe only Him and my family. 




*this is the results when this heart keep hurting from time to time. Will never be healed. Tq.