" Bukankah permata yang mahal harganya tersimpan rapi di dalam peti. Berbeza dengan permata yang murah harganya, dipamerkan didalam rak kaca "
* kredit to i luv islam
wanita diberi sembilan nafsu dan satu akal. manakala lelaki diberi sembilan akal dan satu nafsu. Jadi sudah menjadi tugas dan tanggungjawab seorang lelaki membimbing wanita dalam menjalani kehidupan seharian, dalam menjadi seorang muslim yang solehah, yang taat pada-Nya, keluarganya, suaminya. Lelaki yang soleh membawa wanita yang ke majlis-majlis ilmu, selalu berpesan agar sabar hadapi setiap cabaran dan rintangan. selalu tersenyum bila dugaan menimpa..jangan diturutkan hati marah.
Wanita..bila nafsu merajai diri, akal di tolak ke tepi. Wajiblah setiap shopping kompleks diterjah, membeli setiap pakaian, tudung, hiasan yang adakalanya tidak perlu dibeli, yang sama tapi tak serupa, yang hanya memenuhi keinginan wanita itu. Sehinggakan pakaiannya penuh beralmari. Bila nafsu mengatasi akal, 'wajib'lah pakaian nya terbuka sehinggakan menaikkan nafsu sang lelaki. 'Wajib' lah juga para wanita memenuhi ruang-ruang di pub, disko, private party..hadirnya wanita disitu hanya untuk mewarna-warnikan dunia malam yang gelap itu. Bila semuanya berlaku, maka terbitlah nyawa-nyawa kecil yang tidak berdosa dan suci. Untuk tidak mahu perbuatan lahanat diketahui kepada orang ramai..maka nyawa-nyawa itu berada di semak-semak, tong-tong sampah, sungai-sungai dan longkang.
satu gambar menceritakan segalanya
Disini terletaknya tanggungjawab lelaki dalam membimbing wanita. Bukan aku mahu letakkan segalanya ke atas bahu lelaki kerana segalanya tak mungkin terjadi jika tiada kemahuan dari wanita itu sendiri bukan? Tapi..insan yang lemah seperti wanita yang sudah jauh tersimpang dari jalan yang benar dan penuh dengan cahaya keimanan haruslah ditarik dan diberi tunjuk ajar.
Tidak mahukah kamu dengan bayi yang hasil dari perhubungan suci, bersih, diredhai-Nya? yang boleh kamu belai, jaga, didik...supaya menjadi seperti yang kamu inginkan? menjadi muslim dan muslimah yang bakal mendoakan kesejahteraanmu di akhirat nanti..yang boleh menjaga mu disaat kamu tiada upaya. Oh..lelaki, bimbing lah wanita dengan sembilan akalmu, bukankah lelaki selalu berbangga dengan sembilan akalnya yang banyak membantu dalam kehidupan.jangan dirosakkan wanita dengan nafsumu yang satu itu. Tegurlah wanita dengan lembut tapi tegas..wanita akan medengar kata-katamu itu..
Wanita juga wajiblah mengikut syariat dan peraturan yang ditetapkan agar menjadi permata, bukanlah kaca.Peranan mewarna-warnikan kehidupan itu peranan wanita tapi, gunakan lah di jalan yang betul dan suci.
Agar dapat memiliki apa yang dikatakan permata jiwa, kebahagiaan rohani..bersama insan-insan yang tersayang disisi. Bahagia selamanya..
Jiwa wanita itu lembut..seperti kerak nasi, sekeras-keras mana sekalipun jika dicurahkan air..lembut jua akhirnya.
Haruskah memilih untuk menjadi kaca jika menjadi permata itu lebih besar harganya?
p/s :: m.i.s.s.h.i.m.s.o.m.u.c.h <3<3<3 TT__TT






0 doa saya bahagia:
Post a Comment