Menapak-sampai-berpeluh seperti-mandi-apabila-tiba-di-destinasi adalah cerita untuk kali ini yang mahu dikongsikan bersama untuk renungan bersama.
0h! Kenapakah ayat pembukaan itu seperti sangat-sangat tak membangkitkan perasaan membuak-buak untuk memancing orang untuk membaca ye. Apakah ayat yang aku gunakan pada saat ini, ketika ini. Adakah kerana ketika ini aku berada di suatu-tempat-rutin-tahunan-selama-lagi-3-tahun akan datang.
Iya, aku kini di tempat ini, bertapa membawa hati yang lara bagi memenuhi impian menggenggam segulung ijazah. Umur disini tak dipandang rendah sebaliknya masing-masing berganding bahu menyiapkan kerja yang diberi siap dalam tempoh yang ditetapkan. Walau sesukar mana pun, ia dibuat dengan senyuman dan penuh gelak tawa untuk menghilangkan rasa tensi yang melampau kerana kerahan otak yang tidak begitu menjana akibat dimamah usia. Tiada lagi sikap-sikap perli-memerli seperti pertama kali dulu, mereka itu sudah tidak dilayan oleh ku. Untuk pasukan baru kali ini sangat bersemangat dan penuh dengan sifat tolong-menolong. Selama 2 tahun, sangat bertimbang rasa. Terima kasih kakak-kakak yang sanggup membantu aku yang kerdil ini selama aku berada disini. Baru seminggu terasa seperti lama kenal. Tahun depan kita tempah satu bilik ok kak. :)
Kisah menapak-menapak hingga basah ketiak, belakang badan, bahu, leher, muka seperti berlari 40 pusingan polo-ground, seperti naik turun Bukit Kledang sebanyak 20kali tak henti. Boleh bayangkan bagaimana situasi itu? Sampai ke kelas seperti hujan turun mencurah-curah didahi, di badan. Lap tak henti-henti hingga basah sebungkus tisu. Oh, itu melampau. Lebih kurang 3helai tisu guna habis lenjun. Al-maklum, selalunya pergi pusing polo-ground pun tidak berpeluh sampai begitu, hanya bunga-bunga peluh saje yang keluar. Ini dengan tok nenek peluh pun keluar, apa cerita? Saintifik mengatakan peluh itu toksin, maka dengan itu sudah banyak toksin ku berjaya disingkirkan, kan? Kurang toksin, badan makin sihat. Kalori juga dapat dibakar tambah dengan kelajuan semulajadi aku menapak. Ada kawan baik yang sebut ketika dulu "Elly, ko berjalan tu..boleh tak ade sedikit belas kasihan dengan perlahankan sedikit untuk kami di belakang ni? Sebab tu, kaki kau asik terseliuh setiap sem." ok.fine fine fine. Aku perlahankan setelah ceramah 10sen dia tamat..muahahah! Nasib baik kali ini aku berada di hostel yang bagi aku berada di tengah-tengah, ke sane sama jauh, ke sini sama jauh, ke sinun sama jauh. Kira sama-sama jauh giteww. Yang kurang jauhnya ialah pintu masuk Sg.Dua tapi menapak peluh-peluh juga la. Kalau tahun lepas ade lift, kali hanya tangga buat peneman untuk ke tandas dan ke cafe dan ke kelas dan ke dewan periksa. Oh tangga, saya sayang kamu tahun ini!
p/s : ayat student skema dari budak yang dulunya skema kata kawan-kawan sekolah. Sekarang ? guwa tak skema dah der..guwa takde hal punye der...rilek chill sudah la beb!
p/s : tak menggambarkan peningkatan usia sungguh aku ni. Rasa muda, kekal muda, muda habis. Guwa guwa..hahaha!!